BANGKOK: Parlimen Thailand dibubarkan hari ini manakala pilihan raya umum akan berlangsung pada Mei.
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
"Langkah ini adalah untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat bagi membuat keputusan politik dengan Raja sebagai ketua negara," menurut dekri yang diterbitkan pada Isnin.
Di bawah perlembagaan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka bermesyuarat minggu ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya.
Bagaimanapun, pemerhati membuat spekulasi pilihan raya akan berlangsung sama ada pada 7 Mei atau 14 Mei iaitu hari Ahad.
Prayuth, 68, akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walaupun had lapan tahun sebagai perdana menterinya berakhir pada 2025.
Untuk pemilihan tahun ini, beliau akan bertanding di bawah parti baharu- Parti Bangsa Thai Bersatu sebagai calon perdana menteri manakala Parti Palang Pracharath menamakan Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan sebagai calon perdana menteri.
Prayuth telah mengetuai kerajaan campuran selepas pilihan raya umum 2019.
Sementara itu, tinjauan oleh Institut Pentadbiran Pembangunan Negara (NIDA) menunjukkan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra kekal menjadi pilihan utama sebagai perdana menteri seterusnya.
Tinjauan yang diterbitkan pada hujung minggu menunjukkan sokongan Paetongtarn Shinawatra dari Parti Pheu Thai melonjak 10 mata kepada 38.2 peratus dan Pita Limjaroenrat dari Parti Move Forward di tempat kedua dengan 15.75 peratus manakala Prayuth (15.65 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand dijangka bermesyuarat minggu ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya. - Gambar hiasan
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu ambil kira aspek perundangan, implikasi kewangan - Kesuma
Aspek perundangan merangkumi akta baharu, mekanisme kilanan dan implikasi kewangan antara perkara yang perlu diambil kira dalam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig demi menjaga kebajikan golong
Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook
Lelaki itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
PM India Narendra Modi bertanding di kerusi Parlimen Varanasi
Pengundian akan diadakan di Varanasi pada 1 Jun dalam fasa terakhir pilihan raya umum yang berlangsung selama tujuh minggu.
Emir Kuwait bubar Parlimen yang dipilih sebulan lalu - Dekri
Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada petang Jumaat mengeluarkan dekri membubarkan Parlimen yang dipilih pada awal April.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Estonia benar undi melalui telefon bimbit
Rakyat Estonia akan dapat mengundi dalam pilihan raya melalui telefon bimbit selepas Parlimen di Tallinn meluluskan rang undang-undang baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan bertanding di kubu kuat parti, Uttar Pradesh
Rahul menghantar borang pencalonan untuk Raebareli pada Jumaat yang dihadiri ibunya Sonia Gandhi dan Presiden Parti Kongres Mallikarjun Kharge.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti
Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki.